Showing posts with label Pendidikan moral. Show all posts
Showing posts with label Pendidikan moral. Show all posts

Tuesday, July 17, 2012

Lakonan (perbuatan yang menyalahi undang-undang)

Pendidikan Moral

Tajuk: Perbuatan menyalahi undang-undang

Penderaan Kanak-kanak
Sipnosis: Anak dipukul kerana mendapat keputusan yang kurang baik dalam peperiksaan. Kemudian, jiran sebelah yang nampak kejadian ini sempat menghalang bapa yang mendera anaknya itu.

Pemerdagangan Manusia
Sipnosis: Budak-budak diculik untuk diperdagangkan di luar negara (babak 1). Penculik-penculik tersebut berjaya diberkas oleh pihak berkuasa dan dijatuhkan hukuman (babak 2).

Mengedar dadah
Sipnosis: Urusan jual beli dadah dilaksanakan oleh seorang pembekal dengan 2 orang pembeli. urusan tersebut kemudiannya dikesan oleh pihak berkuasa...
Mencuri di kedai runcit
Sipnosis: Seorang murid cuba mencuri di kedai runcit. Kemudiannya ditangkap oleh seorang polis.

Ganguan Seksual
Sipnosis: Sekumpulan pemuda melakukan ganguan seksual terhadap seorang lelaki lembut yang lalu di sesuatu tempat.

Dilakonkan oleh: Murid-murid Tahun 6 Intelek dan 6 Maju

Tuesday, May 8, 2012

Video dalam P&P Pendidikan Moral (Nilai Berterima Kasih)

 Video 1: Be Thankful of What You have

Pendidikan Moral merupakan satu mata pelajaran yang menumpukan kepada pembentukkan nilai-nilai dan sahsiah yang baik dalam diri murid-murid. Oleh yang demikian, pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral tidak seharusnya dilaksanakan melalui penggunaan buku teks dan buku latihan semata-mata.

Guru harus kreatif dalam merancang aktiviti-aktiviti yang sesuai dan menarik untuk memupuk nilai-nilai (seperti yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral) dalam diri murid-murid. Oleh yang demikian, Tajuk "Berterima Kasih Kepada Pemimpin" harus dilaksanakan melalui penggunaan video di mana mereka dapat melihat dan menghayati sendiri keperitan hidup mereka yang kurang bernasib baik, seterusnya bersyukur dan berterima kasih dengan apa yang dimiliki.

Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran
Pendidikan Moral Tahun 6 (Nilai Berterima Kasih)

Tema    : Perkembangan diri
Tajuk    : Berterima Kasih Kepada Pemimpin
Nilai      : Berterima Kasih
Objektif: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran
                 murid-murid dapat:
  1. Menyatakan sumbangan pemimpin kepada kita
  2. Menyatakan sebab-sebab perlu berterima kasih

Aktiviti  :
  1. Murid-murid melayari Youtube.com dan mencari video "Beautiful Video That Will Make You Cry!"
  2. Murid-murid menonton video itu dan menghayatinya.
  3. Guru menjalankan sesi refleksi (murid-murid dikehendaki menyatakan perasaan dan apa yang dipelajari daripada video itu).
  4. Guru bersoal jawab dengan murid-murid dan kaitkan dengan sumbangan pemimpin.
  5. Murid-murid dikehendaki membuat latihan yang berkaitan.

Lakonan dalam pengajaran


Video 1: Lakonan Ringkas Nilai Baik Hati

"Matlamat guru bukanlah membentuk murid berdasarkan imejnya, tetapi membimbing murid untuk membentuk imej kendiri"
~Great Teacher Tan~

Lakonan merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid di mana murid-murid berpeluang untuk mengembangkan potensi dan bakat sedia ada. 

Oleh yang demikian, kaedah ini sesuai digunakan dalam mata pelajaran-mata pelajaran yang memfokuskan kepada pembentukkan nilai dan sahsiah dalam diri murid-murid. Lakonan ini dilaksanakan sepenuhnya oleh murid-murid, sementara guru hanyalah sebagai fasilitator.

Terdapat tiga (3) langkah dalam lakonan iaitu perancangan, pementasan dan refleksi seperti gambarajah 1 di bawah.
 
 Gambarajah 1: Langkah perlaksanaan lakonan

Semasa perancangan, murid-murid perlu bekerjasama dengan rakan-rakannya untuk mereka sebuah jalan cerita. Oleh yang demikian, kemahiran interpersonal dan intrapersonal serta kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) terlibat.

Semasa pementasan, biasanya konflik antara dirinya dengan watak yang dipegangnya akan berlaku di mana murid yang mengalami konflik ini akan kelihatan kurang yakin dan segan. Walau bagaimanapun, konflik ini dapat di atasi sekiranya guru memberikan lebih banyak peluang kepada mereka untuk berlakon.

Selepas pementasan, guru perlu membuat refleksi bersama-sama dengan murid-murid bagi membincangkan tentang beberapa perkara. Pertama, tentang lakonan murid-murid. Guru perlu memberi pujian dan galakkan kepada murid-murid agar mereka akan lebih yakin lagi pada masa akan datang di samping mencadangkan penambahbaikkan yang sesuai. Guru juga perlu membincangkan pengajaran dan nilai moral yang terdapat dalam lakonan yang dijalankan agar isi pelajaran yang ingin disampaikan tercapai.

Kesimpulannya, guru harus menggunakan kaedah pengajaran yang lebih menarik agar dapat menggalakkan murid-murid untuk mengembangkan potensi dan bakat mereka secara bebas.

"Moral harus diperlajari daripada pengalaman harian dan bukannya dipelajari daripada buku."
~Great Teacher Tan~