Showing posts with label pengajaran. Show all posts
Showing posts with label pengajaran. Show all posts

Monday, May 14, 2012

Waist Band Amplifier Dalam Dunia Pendidikan

Review: Waist Band Amplifier

Pernahkah kita sebagai guru tertanya-tanya, mengapakah murid-murid bising ketika pengajaran berlangsung? Adakah disebabkan oleh mereka tidak menumpukan perhatian atau adakah disebabkan pengajaran tidak menarik?

Ya, kedua-dua sebab di atas merupakan antara faktor murid-murid bising. Namun, setelah mengajar selama kira-kira 5 bulan sebagai guru tetap, saya mendapati satu lagi faktor murid-murid membuat bising iaitu mereka terlalu melibatkan diri  dalam pengajaran guru yang menarik serta berasa seronok dan "excited".

Apabila murid-murid berasa seronok secara tidak langsung, mereka akan mula lupa diri dan memberikan pendapat dan pandangan serta menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh guru secara tidak teratur. Seterusnya menyebabkan suasana bising di dalam kelas.

Apabila keadaan ini berlaku, patutkah guru menghentikan pengajarannya sebentar bagi mengawal kelas? Ramai guru akan memberikan jawapan "YA" kerana tidak dapat mengajar dalam suasana kelas yang bising (suara tidak cukup kuat untuk didengar murid-murid).

Namun begitu, bukankah murid-murid patut diberi peluang untuk belajar dalam suasana yang lebih seronok? Ini kerana dalam suasana di mana murid-murid seronok dan "enjoy" dengan pengajaran guru, mereka dipercayai dapat menerima input (isi pelajaran) yang disampaikan oleh guru dengan lebih berkesan.

Tetapi dalam suasana bising, bagaimanakah guru dapat memastikan suaranya jelas kedengaran oleh murid-muridnya? Dalam hal ini, guru boleh bergantung kepada teknologi seperti Waist Band Amplifier untuk didengari oleh murid-murid yang bising kerana seronok dengan pengajarannya.

Audio2000's AWP6202 Waist-Band Portable PA Amplifier  System with Headset Microphone merupakan sejenis Portable Speaker yang lebih murah berbanding dengan jenama lain yang terdapat di pasaran. Portable Speaker lain  yang terdapat di pasaran dijual dengan harga kira-kira RM250 seunit.

Di amazon.com, Audio2000's AWP6202 Waist-Band Portable PA Amplifier  System with Headset Microphone hanya dijual dengan harga RM99 (RM207 termasuk shipping).

"Saya bukanlah peniaga, saya hanya berkongsi maklumat"

"Adalah lebih baik murid-murid bising tetapi melibatkan diri dalam secara aktif daripada diam tetapi mengangtuk di dalam kelas"

~Great Teacher Tan~

Thursday, May 10, 2012

Portable Visualizer dalam pengajaran dan pembelajaran

Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang begitu pesat telah membawa evolusi kepada kehidupan manusia. Tidak terkecuali juga dalam bidang pendidikan. Pelbagai teknologi telah diaplikasikan ke dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Antaranya ialah "LCD Projektor" dan "Digital Scanner" yang memberikan kemudahan kepada guru serta membolehkan guru-guru mengajar pada tahap yang lebih tinggi dan menarik.

Namun begitu, tidak ramai yang terdedah serta tahu tentang teknologi baru yang sesuai digunakan dalam dunia pendidikan ini iaitu "Portable Visualizer" seperti AverVision F50. Ia amat mudah alih dan membolehkan guru scan dan menayangkan sesuatu dokumen, objek 3D dan sebagainya secara terus.


Sila  lihat video di bawah.
AVerVision F50- Introduction

Sudah tentu, AverVision F50 bukanlah yang terbaik kerana harganya yang agak mahal iaitu RM2650. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai model "Portable Visualizer" yang terdapat di pasaran yang lebih "affordable" iaitu dengan harga serendah RM800 atau kurang. Antaranya ialah seperti berikut:
  1. QPC 20 Portable Visualizer: RM720
  2. GSI New- Generation High-Speed Portable Digital Flash Scanner Presenter: RM468
  3. GSI New- Generation High-Speed Portable Digital Flash Scanner Presenter (Trade Edition): RM324
  4.  
Ketiga-tiga produk ini boleh didapati daripada amazon.com. Harga yang dipaparkan adalah tidak termasuk "shipping". Shipping ke Malaysia adalah kira-kira RM108.

Oleh itu...
Harga produk= harga barangan + shipping (108)


"Teknologi adalah untuk kemudahan manusia, begitu jugu dalam dunia pendidikan. Teknologi mampu memudahkan tugas guru di dalam bilik darjah"
~Great Teacher Tan~