|
Cg. Tan Kan Tsai dengan suit lengkap Bomba dan Penyelamat |
Hari ini, 26 Mei 2015 merupakan satu hari yang cukup bermakna bagi diri saya apatah lagi murid-murid Sekolah Kebangsaan Trusan yang kecil molek. Inilah kali pertama dalam hidup, saya melihat jentera Bomba dan Penyelamat secara dekat. Saya berasa cukup bertuah kerana biasanya, kita hanya terlihat jentera ini secara sekilas pandang sahaja.
Sebenarnya pada hari ini, Sekolah Kebangsaan Trusan telah mengadakan satu Taklimat Keselamatan Kebakaran. Pada jam 0830, rombongan bomba seramai enam orang telah tiba di sekolah dan disambut mesra oleh pihak sekolah.
|
Ketibaan Bomba dan Penyelamat di SK Trusan |
Pihak sekolah menjemput rombongan bomba dan penyelamat ini untuk memberikan sedikit taklimat kepada murid-murid tentang Keselamatan Kebakaran.
|
Pegawai bomba bersedia untuk memberikan taklimat |
|
Pegawai Bomba memberika taklimat |
Selepas taklimat yang tidak begitu panjang iaitu kira-kira hanya selama 40 minit itu. Murid-murid direhatkan dan akan berkumpul di padang SK Trusan pada pukul 10 pagi.
|
Murid-murid berkumpul |
Pada pukul 10 pagi, dengan berkat Tuhan, cuaca sedikit redup. Pegawai bomba telah mendemontrasikan cara penggunaan alat pemadam api dengan ringkasan Akronimnya PASS.
P - pull
A - Aim
S - Squeeze
S - Sweep
|
Bomba mendemontrasikan cara memadamkan api |
|
Cg. Drahman Bin Kahar memadamkan api |
|
Cg. Siti Jaliha memadamkan api |
Selepas itu, tibalah sesi yang begitu menarik bagi semua warga SK Trusan. Kami diberi peluang untuk mendekati jentera Bomba dan Penyelamat. Kami juga berpeluang untuk mengajukan pelbagai soalan berkaitan dengan jentera ini kepada rombongan ini.
|
Penerangan yang jelas diberikan oleh pegawai bomba |
|
Guru-guru mengajukan soalan kepada pegawai bomba |
|
Saya berada di atas jentera bomba |
Saya pula berpeluang untuk merasa suit/ kelengkapan penuh Bomba dan Penyelamat. Sebelum memakai kelengkapan itu, saya membayangkan betapa panasnya memakai suit itu. Tetapi, selepas memakainya, saya menyedari sebaliknya. Saya berasa agak sejuk berada di dalam suit itu walaupun dengan ketebalan suit itu yang agak tebal.
|
Saya memakai suit bomba |
|
berusaha memakainya |
|
Memakai helmet bomba |
|
Memakai tangki oksigen |
|
siap memakai suit ini |
|
Bergambar dengan jentera. Rasa diri macam bomba |
|
Badan tinggi lampai, tagap kelihatan cukup gagah |
|
Bergambar dengan orang kuat bomba dan SK Trusan |
|
Sedang menanggalkan suit bomba |
Ini merupakan satu pengalaman yang memang cukup bermakna bagi saya. Bukan setiap hari, kita dapat memakai suit bomba lengkap dengan helmet dan tangki oksigennya.
No comments:
Post a Comment