Panorama: Kelas Tahun 3 selepas transformasi |
Apabila saya mengambil alih tugas sebagai Guru Kelas Tahun 3. Saya mendapati bahawa kelas ini kurang ceria malah kurang bertenaga. Sebelum ini, saya merasakan bahawa menghias kelas adalah satu kerja yang sia-sia, tidak berguna serta membebankan guru.
Namun perspektif saya bertukar apabila saya melihat keadaan kelas yang begitu tidak kondusif bagi pembelajaran murid-murid saya. Cuba lihat gambar-gambar di bawah.
Hiasan kelas yang ditampal begitu sahaja. Bersepah |
Papan notis di belakang tempat duduk guru |
Pandangan ke depan kelas |
Papan notis dan tikar kelas |
Nampak sangat kotor dan tidak kemas |
Adakah kelas ini konduktif? |
Hiasan dinding sebelah kiri |
Hiasan dinding sebelah kanan |
Semenjak mengambil alih tugas Guru Kelas Tahun 3, saya mula melakukan transformasi kelas ini (masih sedang dijalankan). Transformasi ini dimulakan dengan menghasilkan poster motivasi bertemakan "Naruto". Berikut merupakan gambar cetak biru poster yang telah saya hasilkan menggunakan aplikasi Adobe Photoshop dan dicetak menggunakan aplikasi Easy Photo Printer.
Poster (840cm x 95cm) |
Selepas dicetak dalam saiz A4 dan dilekatkan di atas dinding |
Gambar transformasi kelas yang telah siap adalah seperti dalam gambar "panorama" di atas tadi.
Oleh: Cikgu Tan Kan Tsai
No comments:
Post a Comment