Tuesday, July 2, 2019
Seronoknya aktiviti PAK21! Membuat Pizza di Sekolah!
Pembelajaran menjadi lebih bermakna sekiranya lebih banyak deria dilibatkan dalam sesi pembelajaran itu.
Dalam pelajaran yang lepas, kebanyakkan murid-murid Tahun 1 ini menyatakan bahawa mereka tidak pernah memakan pizza.
Oleh yang demikian, saya membuat keputusan untuk membawa pengalaman membuat pizza ke dalam kelas. Dalam sesi pembelajaran ini murid-murid berpeluang untuk mengenali bahan-bahan yang digunakan untuk membuat pizza, membuat sendiri pizza mereka dan memakan pizza yang mereka buat sendiri.
Diharap pengalaman ini, mereka akan ingat sampai bila-bila dan mula jatuh cinta dengan Bahasa Inggeris.
Hayatilah rumusan daripada PDPC yang lepas ini dalam Youtube... Silalah juga SUBSCRIBE kepada channel kami sebagai sokongan kepada kami.
Sekian...
Oleh: Cikgu Tan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment