Showing posts with label pdpc abad 21. Show all posts
Showing posts with label pdpc abad 21. Show all posts
Thursday, July 4, 2019
Lagu Ten Little Children
Murid-murid mempelajari nombor 1 hingga 10 dalam Bahasa Inggeris... Sebagai aktiviti pengukuhan murid-murid menyanyi lagu Ten Little Children... Seronok!
Tuesday, July 2, 2019
Seronoknya aktiviti PAK21! Membuat Pizza di Sekolah!
Pembelajaran menjadi lebih bermakna sekiranya lebih banyak deria dilibatkan dalam sesi pembelajaran itu.
Dalam pelajaran yang lepas, kebanyakkan murid-murid Tahun 1 ini menyatakan bahawa mereka tidak pernah memakan pizza.
Oleh yang demikian, saya membuat keputusan untuk membawa pengalaman membuat pizza ke dalam kelas. Dalam sesi pembelajaran ini murid-murid berpeluang untuk mengenali bahan-bahan yang digunakan untuk membuat pizza, membuat sendiri pizza mereka dan memakan pizza yang mereka buat sendiri.
Diharap pengalaman ini, mereka akan ingat sampai bila-bila dan mula jatuh cinta dengan Bahasa Inggeris.
Hayatilah rumusan daripada PDPC yang lepas ini dalam Youtube... Silalah juga SUBSCRIBE kepada channel kami sebagai sokongan kepada kami.
Sekian...
Oleh: Cikgu Tan
Subscribe to:
Posts (Atom)