Showing posts with label Membentuk dan membuat binaan. Show all posts
Showing posts with label Membentuk dan membuat binaan. Show all posts

Tuesday, June 19, 2012

Plak Hiasan Dinding

PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 6

Bidang: Membentuk dan Membuat Binaan
Tajuk: Hiasan dinding
Bahan
  1. Penyepit baju (kayu
  2. Gam Uhu/ double tape
  3. Kadboard/ kotak
  4. Gunting
  5. Gambar (digunting daripada majalah dll)
Objektif:
  1. Menghasilkan plak hiasan dinding melalui teknik tampalan
  2. Menghargai hasil kerja sendiri dan rakan. 
Aktiviti
  1. Penerangan dan demontrasi oleh guru
  2. Murid-murid menghasilkan hiasan dinding.
  3. Apresiasi seni

Cara menghasilkan Plak Hiasan Dinding.
  1. Gunting kadboard/kotak mengikut bentuk bulatan
  2. Gunting gambar kepada bentuk bulatan
  3. kemudian gamkan gambar itu di tengah-tengah kotak tersebut.
  4. Akhirnya gamkan penyepit baju itu di sekitar bulatan itu sebagai perhiasan.

Hasil Kerja Murid-murid Tahun 6 Azam SK Bukit Rimau

 



Aniq Hafi

Anis Nablah

Kesvinrao



"Kreativiti bukanlah sesuatu yang diwarisi secara semula jadi, tetapi dipelajari daripada pengalaman yang pelbagai"

~Great Teacher Tan~

Tuesday, May 8, 2012

Membentuk dan Membuat Binaan (PSV)

Rancangan Pengajaran Harian
Pendidikan Seni Visual Tahun 6 (Contoh aktiviti 1)

Tema: Membentuk dan Membuat Binaan
Tajuk: Pengangkutan
Objektif: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat:
  1. Menghasilkan model pengangkutan melalui teknik tampalan.
  2. Menghargai hasil kerja sendiri dan rakan
 Aktiviti:
  1. Penerangan dan demontrasi oleh guru.
  2. Murid-murid menghasilkan model pengangkutan
  3. Apresiasi seni (murid-murid diberi peluang untuk memberi markah kepada hasil kerja rakan mereka).

Hasil kerja terbaik kelas 5 Azam
Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau.
 
 Model kereta Formula One Klasik oleh ABDUL AZIM SYAHMIE

 Model Kereta Lumba Formula One Klasik


"Kadang-kadang guru harus meminimumkan pengajaran, agar murid-murid dapat memaksimumkan kreativitinya"
~Great Teacher Tan~