Showing posts with label Pendidikan Seni Visual. Show all posts
Showing posts with label Pendidikan Seni Visual. Show all posts

Thursday, August 9, 2012

Adakah bakat dimiliki secara semula jadi atau melalui latihan?

 "Guru berperanan memberi galakkan kepada murid-murid yang berbakat dan membimbing mereka ke arah yang baik"


kadang-kadang saya sendiri tertanya-tanya sama ada bakat itu dimiliki oleh seseorang secara semula jadi iaitu seseorang itu lahir dengan bakat tertentu dalam sesuatu bidang ataupun bakat itu dipelajari.

 Sesetengah murid tidak dapat mempelajari sesuatu kemahiran tertentu dalam Pendidikan Seni Visual terutamanya kemahiran yang berkaitan dengan menggambar walaupun dibimbing serta diajar berkali-kali. Manakala sesetengah murid dapat menghasilkan sesuatu karya yang baik tanpa perlu sebarang bimbingan daripada guru seperti kemahiran itu memang sudah lama berada di dalam dirinya sendiri.

Apakah pandangan anda?

Kad Hari Raya dengan Pop-ups

"Setiap karya seni hendaklah dihargai kerana setiap karya seni yang dihasilkan adalah sesuatu yang baru yang tidak pernah wujud di dunia ini sebelum ini."
~Great Teacher Tan"
 
 
Pendidikan Seni Visual

Tajuk: Kad Hari Raya

Pandangan hadapan Kad Hari Raya

Kad Hari Raya merupakan sesuatu yang sering dilihat serta dihasilkan oleh murid-murid di sekolah dalam Pendidikan Seni Visual terutamanya apabila Hari Raya Aidilfitri semakin dekat.

Guru-guru akan meminta murid-murid menghasilkan kad Hari Raya untuk dihadiahkan kepada ibu bapa, guru-guru dan rakan mereka. Namun begitu, oleh kerana murid-murid menghasilkan kad Hari Raya pada setiap tahun, maka karya seni ini sudah menjadi sesuatu yang biasa dan mereka juga kurang berminat untuk menghasilkannya lagi.

Oleh yang demikian, guru-guru boleh membawa perubahan sedikit dengan menambahkan "Pop-ups" pada kad Hari Raya itu untuk menjadikannya lebih kreatif dan menarik. Sesuatu yang baru kepada murid-murid seperti "Pop-ups" semestinya akan dapat menarik minat mereka.

 Pandangan Sisi 1

Pandangan Sisi 2

"Hanya manusia sahaja yang mempunyai kreativiti untuk menghasilkan sesuatu yang baru. Ini kerana kita dicipta berdasarkan imej Tuhan"
~Great Teacher Tan~

Wednesday, July 25, 2012

Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam PSV?

"Saya demonstrasikan penghasilan poster di dalam kelas supaya murid-murid faham tentang cara penghasilan poster yang berkualiti"
~Great Teacher tan~
Poster "Ke Puncak Kegemilangan"

Bahan bantu mengajar merupakan alat ataupun media yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran seseorang guru bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan penyampaian isi pelajaran.

Bahan bantu mengajar dalam Pendidikan Seni Visual tidak lain tidak bukan ialah contoh karya seni yang bakal dihasilkan oleh murid-murid. Contoh karya seni ini bertujuan untuk memberikan gambaran dan idea kepada murid-murid bahawa "Beginilah rupa karya seni yang harus saya hasilkan".

Contoh karya seni ini memainkan peranan yang lebih penting lagi dalam seni menggambar. Contohnya menggambar sebuah poster bertemakan "kemerdekaan". Semua murid berupaya untuk menghasilkan poster yang bertemakan "kemerdekaan". Namun begitu, bukan semua murid mampu menghasilkan karya seni yang berkualiti (yang mempunyai elemen-elemen seperti ton warna, ruang, perspektif dan sebagainya).

Oleh yang demikian, sekiranya satu contoh karya seni yang mempunyai elemen-elemen ini ditunjukkan kepada murid-murid, sekurang-kurangnya mereka mengetahui dan memahami kepentingan elemen-elemen ini di dalam hasil karya mereka.
 Poster "Malaysia Boleh"

Adalah lebih baik lagi sekiranya guru boleh menunjukkan proses penghasilkan sesebuah karya seni yang berkualiti ini di dalam kelas PSV iaitu ketika murid-murid menghasilkan karya seni masing-masing. Pertama, murid-murid dapat melihat sendiri bagaimana guru menghasilkan sesuatu elemen (seperti ton warna, perspektif) di dalam karya seni yang dihasilkannya. Kedua, guru dapat menerangkan kepentingan sesuatu elemen (seperti ton warna, ruang, perspektif dan sebagainya dalam sesebuah karya seni).

Kesimpulannya, bahan bantu mengajar juga sama pentingnya di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan seni Visual.

"Kalau diterangkan, murid kabur. Kalau ditunjukkan, murid tahu. Kalau didemonstrasikan, murid faham"
~Great Teacher Tan~

Thursday, July 19, 2012

Menghasilkan Dadu (Pendidikan Seni Visual)

Bidang: Membentuk dan membuat
Tajuk: Dadu
Objektif:
  1. Menghasilkan dadu melalui teknik guntingan dan lipatan.
  2. Menghargai hasil kerja sendiri dan rakan
Aktiviti:
  1. Penerangan dan demonstrasi
  2. Murid-murid melukis dan menghasilkan dadu mengikut guru.
  3. Apresiasi seni

Hasil kerja murid-murid SK Bukit Rimau
 


"Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang berjaya menghasilkan dadu yang baik dan berkualiti"

Thursday, July 5, 2012

Poster dalam Seni Visual

Poster merupakan satu bentuk seni komunikasi, pengumuman dan pemberitahuan. Ia berfungsi untuk menyampaikan sesuatu mesej melalui penggunaan illutrasi ataupun gambar.

Oleh yang demikian, illutrasi atau gambar yang dilukis haruslah sesuai dengan idea atau tajuk poster. Selain itu, gambar yang dilukis juga hendaklah memenuhi poster sekurang-kurangnya 70%.

Berikut merupakan beberapa contoh poster alam sekitar yang telah dihasilkan oleh murid-murid Tahun 5 SK Bukit Rimau.

Annur Husni Asyiqin

Cahaya ika Fatin

Muhd anfal fahmi

Shah nursyafiqah

Wan nurin qistina

 Muhammad Abdul Hadi


"Setiap murid mempunyai kreativiti dan idea masing-masing. Oleh yang demikian, mereka mempunyai cara penyampaian yang unik dan berbeza"
~Great Teacher Tan~

Thursday, June 21, 2012

Pendidikan Seni Visual tahun 6



Bidang: Kraf Tradisional
Tajuk: Labu Sayong
Bahan: Plastisin
Objektif:
  1. Menghasilkan labu sayong melalui kaedah picitan.
  2. menghargai hasi kerja sendiri dan rakan.
Aktiviti:
  1. Penerangan dan demonstrasi
  2. Menghasilkan labu sayong
  3. Apresiasi seni

Hasil kerja Murid-murid tahun 6 Usaha SK Bukit Rimau
Karya Seni 6 Usaha 

 Karya yang pelbagai dan kreatif


"Warisan budaya Malaysia merupakan identiti kita semua, guru berperanan untuk menyampaikannya kepada murid-murid"
~Great teacher tan~

Tuesday, June 19, 2012

Plak Hiasan Dinding

PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 6

Bidang: Membentuk dan Membuat Binaan
Tajuk: Hiasan dinding
Bahan
  1. Penyepit baju (kayu
  2. Gam Uhu/ double tape
  3. Kadboard/ kotak
  4. Gunting
  5. Gambar (digunting daripada majalah dll)
Objektif:
  1. Menghasilkan plak hiasan dinding melalui teknik tampalan
  2. Menghargai hasil kerja sendiri dan rakan. 
Aktiviti
  1. Penerangan dan demontrasi oleh guru
  2. Murid-murid menghasilkan hiasan dinding.
  3. Apresiasi seni

Cara menghasilkan Plak Hiasan Dinding.
  1. Gunting kadboard/kotak mengikut bentuk bulatan
  2. Gunting gambar kepada bentuk bulatan
  3. kemudian gamkan gambar itu di tengah-tengah kotak tersebut.
  4. Akhirnya gamkan penyepit baju itu di sekitar bulatan itu sebagai perhiasan.

Hasil Kerja Murid-murid Tahun 6 Azam SK Bukit Rimau

 



Aniq Hafi

Anis Nablah

Kesvinrao



"Kreativiti bukanlah sesuatu yang diwarisi secara semula jadi, tetapi dipelajari daripada pengalaman yang pelbagai"

~Great Teacher Tan~

Tuesday, May 8, 2012

Kraf tradisional (PSV)

Rancangan Pengajaran Harian
Pendidikan Seni Visual Tahun 6 (Contoh aktiviti 2)


Tema: Kraf Tradisional
Tajuk:Topeng
Objektif: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat:
  1. Menghasilkan topeng dengan menggunakan teknik tampalan.
  2. Menghargai hasil kerja sendiri dan rakan
 Aktiviti:
  1. Penerangan dan demontrasi oleh guru.  
  2. Murid-murid menghasilkan topeng 
  3. Apresiasi seni (murid-murid diberi peluang untuk memberi markah kepada hasil kerja rakan mereka).
Bahan dan alat:
  1. Belon
  2. Gam kertas
  3. Surat khabar lama
Langkah-langkah menghasilkan topeng:
  1. Tiupkan belon sebesar saiz kepala.
  2. Koyakkan surat khabar sebesar kira-kira 5cm x 5cm.
  3. Sapukan gam pada keseluruhan permukaan kepingan surat khabar.
  4. Tampalkan pada belon
  5. Ulangi langkah 3 dan 4 sehingga seluruh permukaan belon itu ditutupi kepingan surat khabar. Ulangi langkah ini sehingga 6 lapisan surat khabar dilekatkan pada belon tersebut.
  6. Tunggu sehingga gam kering sepenuhnya.
  7. Pecahkan belon dan gunting acuan itu untuk membentuk topeng.
  8. Warna dan lukis corak pada topeng itu.

Contoh topeng (dihasilkan oleh GTT)
Topeng "Uchiha Madara"

I'm Uchiha Madara

~GTT~ dan Topeng "Uchiha Madara"




Hasil Kerja Murid-murid
Topeng Ladybird oleh Muhammad Akmal Arif 1

Topeng Ladybird oleh Muhammad Akmal Arif 2 

"Sama ada suatu sesi pengajaran dan pembelajaran itu menarik atau tidak, adalah terpulang kepada guru itu untuk mencorak pengajaran dan pembelajarannya"
~GTT~