Backdrop Persidangan Inovasi, Kajian Tindakan dan Penyelidikan Guru Peringkat Negeri 2014 |
Pada
21 Jun 2014, satu Persidangan Inovasi, Kajian Tindakan dan
Penyelidikan Guru telah dianjurkan oleh SMK Sacred Heart dengan
kerjasama Universiti College of Technology Sarawak (UCTS). Melalui
seminar ini, guru-guru diberi peluang untuk berkongsi ilmu tentang
amalan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) mereka di dalam kelas.
Perkongsian seumpama ini bertujuan untuk meningkatkan profesionalisme
guru-guru di seluruh Sarawak.
Draf Persidangan sehingga 10.50pagi |
Pada
pukul 7.00 pagi, guru-guru dari sekitar Negeri Sarawak telah mula
membanjiri dataran UCTS yang masih lagi dalam proses pembinaan.
Pembentang serta peserta persidangan mula mendaftar di Foyer Dewan
sehingga pukul 7.40pagi. Sebaik sahaja selepas pendaftaran, semua
peserta dan pembentang bergerak ke Dewan Kuliah untuk mendengar ucapan
dan amanah serta pengkongsian ilmu daripada pihak penganjur serta
profesor yang terlibat.
Pergi ke pekan membeli laksa,
Rasanya masin, kuahnya jalang,
bila penganjur hargai masa,
Rasanya masin, kuahnya jalang,
bila penganjur hargai masa,
Perjalanan program lancar, cemerlang.
Tepat
pukul 9.45pagi, taklimat House-keeping telah diberikan oleh Encik Tiong
Tuang Ching, Penolong Kanan Tingkatan 6 SMK Sacred Heart. Beliau telah
menerangkan secara ringkas tetapi padat tentang perjalanan Seminar
Penyelidikan pada hari itu. Selain itu, sedikit taklimat umum tentang
pembentangan penyelidikan telah diberikan oleh beliau untuk memastikan
perjalanan program yang lancar.
Taklimat House-Keeping oleh En. Tiong Tuang Ching |
Tepat
pukul 8 pagi, ucapan alu-aluan telah diberikan oleh Yang Berusaha En
Stephen Tan ming Kiong, Pengetua SMK Sacred Heart selaku penganjur
Persidangan Inovasi, Kajian Tindakan dan Penyelidikan Guru ini.
Ucapan alu-aluan oleh Stephen Tan Ming Kiong, Pengetua SMK Sacred Heart |
Dalam
ucapan beliau, beliau merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak UCTS
di atas kesudian mereka bekerjasama dengan SMK Sacred Heart dalam
menganjurkan persidangan ini. Selain itu, beliau juga mengucapkan
tahniah kepada para peserta dan pembentang yang datang jauh dari sekitar
Sarawak.
Ucapan oleh Dato' Dr.Sabaruddin B. Mohd |
Seterusnya,
masjlis diteruskan dengan ucapan oleh Dato' Dr. Sabaruddin B. Mohd
selaku Deputy Vice-Chancellor (Academic), University College of
Technology Sarawak. Dalam ucapan, beliau menerangkan sedikit sebanyak
tentang kelebihan fasiliti UTCS ini. Menurut beliau, fasiliti ini dibina
dengan berkonsepkan ". Tasik di hadapan UCTS ini sebagai contoh,
sebenarnya adalah takungan air hujan yang akan digunakan dalam sistem
penghawa dingin di seluruh fasiliti UCTS.
Selepas
itu, majlis memperdengarkan ucapan utama daripada En Lau Shin Chai yang
menggantikan Tn Hj Abdul Hassan Bolhassan, selaku Timbalan Pengarah
Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak. Beliau telah menggunakan peluang ini
untuk memberikan nasihat kepada para hadirin yang rata-ratanya adalah
guru. Berikut adalah antara ringkasan nasihat yang diberikan oleh
beliau:
- "Collaboration is everything". Sebuah sekolah haruslah bekerjasama dengan PPD, JPN, komuniti dan sebagainya untuk berjaya.
- "Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing himself". Untuk membawa perubahan, guru harus merubah dirinya dahulu.
- "The art of Teaching is the art of assisting discovery". Guru harus membuat kajian untuk mewujudkan amalan PdP yang terbaik bagi kumpulan pelajar yang diajarnya.
- "Success comes from the HEART (H=HOPE; E=EFFORT; A= ATTITUDE; R= RESOURCEFULNESS; T= TEAMWORK).
Pada
tepat pukul 9.00 pagi, majlis ditangguhkan untuk berehat dan sesi
penggambaran. Semua peserta dan pembentang dikumpulkan bersama-sama
untuk sesi penggambaran.
Bergambar dengan Guru inspirasiku, Cikgu Tan Kok Ann |
Saya
amat bertuah pada ketika ini kerana telah bertemu semula dengan Cikgu
Tan Kok Ann, yang telah memberi inspirasi kepadaku ketika saya belajar
di bangku sekolah menengah pada tahun 2005.
Mindset oleh Assoc Prof Patrick Then |
Pada
tepat pukul 9.30pagi, semua peserta dan pembentang berkumpul sekali
lagi di dalam Dewan Kuliah UCTS untuk sesi Plenary I oleh Assoc Prof
Patrick Then dengan tajuknya "MINDSET". Menurut beliau, "mindset" amat
penting dalam pembelajaran. Kita haruslah mempunyai "growth mindset"
untuk berjaya. Antara ciri-ciri "growth mindset" ialah orang yang
mempunyai "growth mindset" akan ketawa terhadap masalah yang dihadapinya
serta sedia menerima cabaran.
Mindset mempengaruhi peluang untuk berjaya |
Menurut
Prof Patrick Then juga "mindset" juga mempengaruhi "attitude" seseorang
individu. Cara kita berfikir boleh mempengaruhi peluang seseorang itu
untuk berjaya.
Action Research oleh Dr. Lau Hieng Soon |
Sesi
Plenary II pula bermula pada pukul 10.00 pagi oleh Dr. Lau Hieng Soon,
Senior Lecturer of UCTS dengan tajuknya "Action Research".
Action Research |
Menurut
beliau, setiap orang guru mengharapkan yang terbaik dalam Pengajaran
dan Pembelajaran (PdP) mereka di dalam kelas. Oleh sebab itu, setiap
orang guru haruslah membuat penyelidikan tindakan kerana melalui
penyelidikan, guru "reflect" terhadap amalan PdP mereka di dalam kelas.
Kemudian merancang rawatan atau strategi terhadap masalah yang
dihadapinya di dalam kelas, lalu menghasilkan persekitaran pembelajaran
yang berterusan, baru dan menunjukkan kemajuan. Seorang guru yang baik
akan sentiasa mengubah kaedah dan strategi pengajarannya berdasarkan
kepada kumpulan murid serta stail pembelajaran murid.
Sesi
Plenary II telah tamat pada pukul 10.50 pagi. Kemudian, kami berehat
sebentar sehingga pukul 11.00pagi. Tepat pukul 11 pagi, seminar ini
diteruskan dengan Sesi Selari di mana para pembentang membentangkan
hasil penyelidikan masing-masing.
Jadual Sesi Selari I |
Saya
telah membentangkan kertas kajian saya sebagai pembentang ke-5 dengan
tajuk kajian "Token Ganjaran dan Token Dendaan dalam menggalakkan
murid-murid menghantar tugasan Bahasa Inggeris mereka".
Saya (Cg. Tan Kan Tsai) membentangkan hasil kajiannya |
Dalam
penyelidikan ini, saya mengkaji sama ada pemberian token ganjaran dan
token dendaan dapat menggalakkan murid-murid membuat dan menghantar
tugasan; dan sama ada perbuatan membuat dan menghantar tugasan dapat
meningkatkan prestasi murid-murid dalam penilaian sumatif.
Peserta Seminar mendengar pembentangan pembentang |
Hasil
dapatan penyelidikan saya, menunjukkan bahawa pemberian token ganjaran
dan token dendaan sememangnya dapat meningkatkan kekerapan murid-murid
menyiap dan menghantar tugasan. Selain itu, perbuatan murid-murid
menyiap dan menghantar tugasan juga terbukti dapat meningkatkan prestasi
mereka dalam penilaian sumatif.
Menerima sijil penghargaan daripada En. Tiong Tuang Ching |
Selepas
pembentang penyelidikan tindakan itu, saya telah menerima beberapa
cadangan dan kritikan yang membina daripada pada peserta. Saya berasa
sangat bertuah kerana cadangan dan kritikan tersebut dapat membantu saya
memperbaiki perlaksanaan penyelidikan tindakan saya pada masa akan
datang. Selepas sesi soal jawab, saya telah menerima sijil penghargaan
daripada En. Tiong Tuang Ching, PKT6 SMK Sacred Heart.
Cg. Chin Suk Mei dari Kuching membentangkan hasil penyelidikannya |
Semua
pembentang telah berjaya membentangkan hasil penyelidikan mereka pada
kira-kira pukul 13.30 petang seperti dalam perancangan. Kami kemudiannya
berhenti berehat untuk makan tengah hari. Pada pukul 2 petang, seminar
diteruskan dengan perbincangan para pembentang dengan panel review yang
memberikan komen lanjut kepada kami.
Persidangan ini tamat pada pukul 2.30petang.
Dilaporkan oleh,
Hello it is last year event . Hope to see you all in next persidangan pendiidkan
ReplyDeleteLook forward to see you all again.
Delete