Tuesday, May 8, 2012

Lakonan dalam pengajaran


Video 1: Lakonan Ringkas Nilai Baik Hati

"Matlamat guru bukanlah membentuk murid berdasarkan imejnya, tetapi membimbing murid untuk membentuk imej kendiri"
~Great Teacher Tan~

Lakonan merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid di mana murid-murid berpeluang untuk mengembangkan potensi dan bakat sedia ada. 

Oleh yang demikian, kaedah ini sesuai digunakan dalam mata pelajaran-mata pelajaran yang memfokuskan kepada pembentukkan nilai dan sahsiah dalam diri murid-murid. Lakonan ini dilaksanakan sepenuhnya oleh murid-murid, sementara guru hanyalah sebagai fasilitator.

Terdapat tiga (3) langkah dalam lakonan iaitu perancangan, pementasan dan refleksi seperti gambarajah 1 di bawah.
 
 Gambarajah 1: Langkah perlaksanaan lakonan

Semasa perancangan, murid-murid perlu bekerjasama dengan rakan-rakannya untuk mereka sebuah jalan cerita. Oleh yang demikian, kemahiran interpersonal dan intrapersonal serta kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) terlibat.

Semasa pementasan, biasanya konflik antara dirinya dengan watak yang dipegangnya akan berlaku di mana murid yang mengalami konflik ini akan kelihatan kurang yakin dan segan. Walau bagaimanapun, konflik ini dapat di atasi sekiranya guru memberikan lebih banyak peluang kepada mereka untuk berlakon.

Selepas pementasan, guru perlu membuat refleksi bersama-sama dengan murid-murid bagi membincangkan tentang beberapa perkara. Pertama, tentang lakonan murid-murid. Guru perlu memberi pujian dan galakkan kepada murid-murid agar mereka akan lebih yakin lagi pada masa akan datang di samping mencadangkan penambahbaikkan yang sesuai. Guru juga perlu membincangkan pengajaran dan nilai moral yang terdapat dalam lakonan yang dijalankan agar isi pelajaran yang ingin disampaikan tercapai.

Kesimpulannya, guru harus menggunakan kaedah pengajaran yang lebih menarik agar dapat menggalakkan murid-murid untuk mengembangkan potensi dan bakat mereka secara bebas.

"Moral harus diperlajari daripada pengalaman harian dan bukannya dipelajari daripada buku."
~Great Teacher Tan~

2 comments: