"If you give me a fish, I can eat for one meal. If you teach me how to fish, I can eat for my whole live"
Gambarajah 1: Musical Chairs
Pendidikan pada hari ini telah bertukar arah daripada berpusatkan guru kepada berpusatkan murid. Ini adalah supaya murid-murid dapat meneroka dan menimba ilmu sendiri dengan bimbingan guru.
Oleh yang demikian, sebagai pembimbing/ fasilitator yang berkesan, guru-guru berperanan untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang menyeronokan agar murid-murid dapat menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam persekitaran yang kondusif (di mana kecerdasan emosi juga dikembangkan).
"Musical Chairs" merupakan satu aktiviti/ permainan yang sering dijalankan semasa majlis hari jadi murid-murid dan sebagainya. Namun begitu, "Musical Chairs" juga boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Contohnya seperti Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran di bawah.
Tema: Diri dan keluarga
Tajuk: Kasih Sayang Terhadap keluarga
Objektif: Pada akhir P&P ini murid-murid dapat:
- Menyatakan kepentingan kasih sayang dalam keluarga
- Menyatakan aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam memupuk kasih sayang.
- Perbincangan
- Muzikal Chairs
- Soal jawab
Cara Perlaksanaan "Musical Chairs"
- Sebilangan kerusi disusun dalam bentuk bulatan (dengan setiap kerusi menghadap ke luar bulatan).
- Bilangan kerusi= bilangan pemain - 2.
- Murid-murid berdiri mengelilingi bulatan kerusi yang telah disusun.
- Murid-murid bergerak mengikut arah jam apabila muzik dimainkan.
- Apabila muzik diberhentikan mereka perlu duduk di atas kerusi tersebut dan 2 orang murid yang tidak dapat duduk dikehendaki untuk mengucapkan "I Love You" kepada satu sama lain.
- Langkah 4 dan 5 diulangi untuk beberapa pusingan (tanpa sesiapa disingkirkan).
- Untuk menghangatkan permainan, pusingan penyingkiran dimulakan di mana setiap murid yang tidak dapat duduk di atas kerusi semasa muzik diberhentikan akan disingkirkan.
- Sekiranya terdapat murid disingkirkan, sekurang-kurangnya 1 kerusi perlu dikeluarkan.
- Langkah 7 dan 8 diulangi sehingga johan dikenalpasti.
*Permainan ini amat menyeronokan apabila 2 orang murid yang berlainan jantina terpaksa mengucapkan "I Love You". Mereka menunjukkan perasaan segan dan malu serta gelagat yang melucukan. (Perhatian: Guru hendaklah menjelaskan maksud "LOVE" kepada murid-murid semasa membuat kesimpulan untuk mengelakkan salah faham daripada permainan itu).
*Permainan ini juga sesuai diaplikasikan dalam mata pelajaran lain seperti Bahasa Melayu, Kajian Tempatan dan sebagainya bergantung kepada kesesuaian tajuk yang diajar.
"Semasa aktiviti "Musical Chairs", saya juga turut serta bermain permainan ini bersama-sama dengan murid-murid dan saya dapati hubungan kami menjadi rapat"
~Great Teacher Tan~
No comments:
Post a Comment