Rajah 1: Ciri-ciri pentaksiran yang baik
Menurut Naapie Mat (2006), kesahan merupakan satu konsep pengukuran yang merujuk sejauh mana ketepatan atau kesahihan sesuatu alat ujian. Ini bermaksud sesuatu alat ujian itu dikatakan mempunyai kesahan yang tinggi sekiranya dapat mengukur secara tepat kebolehan dan keupayaan calon-calon yang diuji. Merujuk kepada manual am pentadbiran instrumen Kementerian Pelajaran Malaysia, Kesahan ujian melibatkan dua perkara iaitu relevan dan cakupan. Oleh yang demikian item-item yang dikemukakan hendaklah akur dengan kurikulum dan spesifikasi ujian serta mempunyai kesesuaian dari segi kumpulan sasaran, aras kesukaran, konteks dan situasi.
Menurut R. Jeyagobi & S. Subramaniam (2007), kebolehpercayaan sesuatu ujian merujuk kepada pencapaian calon adalah tekal apabila mengambil ujian itu beberapa kali. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kebolehpercayaan skor ujian. Antaranya ialah keadaan emosi, tempat ujian, suasana persekitaran dan kesihatan. Faktor-faktor ini boleh mempengaruhi calon memberi jawapan yang berlainan. Kebolehpercayaan skor sesuatu ujian dapat dipertingkatkan dengan menyediakan bilangan soalan yang berpatutan. Dengan ini, calon benar-benar dapat diuji dengan cara yang boleh dipercayai.
Menurut R. Jeyagobi & S. Subramaniam (2007), Keobjektifan sesuatu ujian merujuk kepada ketepatan seseorang memeriksa jawapan calon. Sesuatu ujian dikatakan mempunyai ciri keobjektifan yang tinggi sekiranya pemeriksa memberi markah skim pemarkahan yang ditentukan. Dengan kata lain ujian yang mempunyai keobjektifan yang tinggi adalah ujian yang mempunyai skema pemarkahan yang telah ditetapkan dan tidak boleh dipengaruhi oleh emosi pemeriksa. Ini bermaksud skrip jawapan yang sama akan menunjukkan markah yang sama walaupun diperiksa oleh beberapa orang pemeriksa.
Menurut R. Jeyagobi & S. Subramaniam (2007) lagi, kebolehtadbiran sesuatu ujian merujuk sejauh mana kelicinan proses pengujian dapat dilaksanakann di dalam bilik atau dewan peperiksaan. Kelicinan kebolehtadbiran sesuatu ujian merangkumi aspek-aspek penyediaan bilik peperiksaan, masa yang singkat, ujian dimulakan tepat pada masa, arahan yang jelas, pengawasan yang rapi dan pengutipan skrip jawapan yang terurus. Selain itu, bilangan soalan yang disediakan mestilah berpatutan dengan masa yang diperuntukkan agar calon dapat menjawap semua soalan-soalan tersebut dalam masa yang ditetapkan.
Menurut R. Jeyagobi & S. Subramaniam (2007) lagi, kebolehtafsiran sesuatu ujian dapat merujuk kepada setakat mana hasil pencapaian calon dapat ditafsir dengan cara yang boleh memberi maklumat yang jelas mengikut objektif penilaian. Hasil penilaian daripada proses tafsiran, dapat memberi gambaran jelas mengenai pencapaian dan kedudukan calon, kekuatan dan kelemahan calon, kesesuaian strategi pengajaran dan pembelajaran (P&P), kesesuaian item ujian dan pencapai objektif P&P di dalam kelas. Oleh yang demikian, adalah amat penting markah pencapaian calon dikumpul dan ditafsir dengan tepat dan jelas dalam bentuk angka statistik, jadual dan graf supaya kebolehtafsirannya tinggi.

"Susah melaksanakan pentaksiran, lebih susah lagi merancang pentaksiran"
~Great Teacher Tan~
Sangat membantu.. terima kasih penulis
ReplyDelete