Review: Waist Band Amplifier
Pernahkah kita sebagai guru tertanya-tanya, mengapakah murid-murid bising ketika pengajaran berlangsung? Adakah disebabkan oleh mereka tidak menumpukan perhatian atau adakah disebabkan pengajaran tidak menarik?
Ya, kedua-dua sebab di atas merupakan antara faktor murid-murid bising. Namun, setelah mengajar selama kira-kira 5 bulan sebagai guru tetap, saya mendapati satu lagi faktor murid-murid membuat bising iaitu mereka terlalu melibatkan diri dalam pengajaran guru yang menarik serta berasa seronok dan "excited".
Apabila murid-murid berasa seronok secara tidak langsung, mereka akan mula lupa diri dan memberikan pendapat dan pandangan serta menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh guru secara tidak teratur. Seterusnya menyebabkan suasana bising di dalam kelas.
Apabila keadaan ini berlaku, patutkah guru menghentikan pengajarannya sebentar bagi mengawal kelas? Ramai guru akan memberikan jawapan "YA" kerana tidak dapat mengajar dalam suasana kelas yang bising (suara tidak cukup kuat untuk didengar murid-murid).
Namun begitu, bukankah murid-murid patut diberi peluang untuk belajar dalam suasana yang lebih seronok? Ini kerana dalam suasana di mana murid-murid seronok dan "enjoy" dengan pengajaran guru, mereka dipercayai dapat menerima input (isi pelajaran) yang disampaikan oleh guru dengan lebih berkesan.
Tetapi dalam suasana bising, bagaimanakah guru dapat memastikan suaranya jelas kedengaran oleh murid-muridnya? Dalam hal ini, guru boleh bergantung kepada teknologi seperti Waist Band Amplifier untuk didengari oleh murid-murid yang bising kerana seronok dengan pengajarannya.
Audio2000's AWP6202 Waist-Band Portable PA Amplifier System with Headset Microphone merupakan sejenis Portable Speaker yang lebih murah berbanding dengan jenama lain yang terdapat di pasaran. Portable Speaker lain yang terdapat di pasaran dijual dengan harga kira-kira RM250 seunit.
Di amazon.com, Audio2000's AWP6202 Waist-Band Portable PA Amplifier System with Headset Microphone hanya dijual dengan harga RM99 (RM207 termasuk shipping).
"Saya bukanlah peniaga, saya hanya berkongsi maklumat"
"Adalah lebih baik murid-murid bising tetapi melibatkan diri dalam secara aktif daripada diam tetapi mengangtuk di dalam kelas"
~Great Teacher Tan~
No comments:
Post a Comment