Rancangan Pengajaran Harian
Pendidikan Seni Visual Tahun 6 (Contoh aktiviti 2)
Pendidikan Seni Visual Tahun 6 (Contoh aktiviti 2)
Tema: Kraf Tradisional
Tajuk:Topeng
Objektif: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat:
- Menghasilkan topeng dengan menggunakan teknik tampalan.
- Menghargai hasil kerja sendiri dan rakan
Aktiviti:
- Penerangan dan demontrasi oleh guru.
- Murid-murid menghasilkan topeng
- Apresiasi seni (murid-murid diberi peluang untuk memberi markah kepada hasil kerja rakan mereka).
Bahan dan alat:
- Belon
- Gam kertas
- Surat khabar lama
Langkah-langkah menghasilkan topeng:
- Tiupkan belon sebesar saiz kepala.
- Koyakkan surat khabar sebesar kira-kira 5cm x 5cm.
- Sapukan gam pada keseluruhan permukaan kepingan surat khabar.
- Tampalkan pada belon
- Ulangi langkah 3 dan 4 sehingga seluruh permukaan belon itu ditutupi kepingan surat khabar. Ulangi langkah ini sehingga 6 lapisan surat khabar dilekatkan pada belon tersebut.
- Tunggu sehingga gam kering sepenuhnya.
- Pecahkan belon dan gunting acuan itu untuk membentuk topeng.
- Warna dan lukis corak pada topeng itu.
Contoh topeng (dihasilkan oleh GTT)
Topeng "Uchiha Madara"
I'm Uchiha Madara
~GTT~ dan Topeng "Uchiha Madara"
Hasil Kerja Murid-murid
Topeng Ladybird oleh Muhammad Akmal Arif 1
Topeng Ladybird oleh Muhammad Akmal Arif 2
Hasil Kerja Murid-murid
Topeng Ladybird oleh Muhammad Akmal Arif 1
Topeng Ladybird oleh Muhammad Akmal Arif 2
"Sama ada suatu sesi pengajaran dan pembelajaran itu menarik atau tidak, adalah terpulang kepada guru itu untuk mencorak pengajaran dan pembelajarannya"
~GTT~
No comments:
Post a Comment