Tuesday, July 7, 2015

Kelas yang berhias
Semasa saya mula-mula mengajar, saya memandang remeh kerja-kerja menghias bilik darjah. Bagi saya, kerja-kerja ini membebankan guru dan perhiasan-perhiasan di dalam kelas ini cumalah perhiasan semata-mata dan tidak memainkan apa-apa peranan dalam pendidikan.

Oleh sebab itu, saya tidak berusaha untuk menghias kelas di bawah jagaan saya. Kerja-kerja perhiasan kelas yang dilakukan cumalah “semadi nadai” bak kata Orang Iban yang bermaksud alang-alang sahaja. Namun begitu, setelah mengajar dalam kelas yang “semadi nadai’ ini, saya perasan bahawa murid-murid di dalam kelas juga kelihatan kurang bersemangat untuk belajar di dalam kelas. Mereka kelihatan tidak suka berada di dalam kelas.

 
Pada ketika itulah, saya membuat keputusan untuk berusaha menghias kelas saya dengan pelbagai “Gajet”. “Gajet” yang saya maksudkan di sini ialah Bahan Bantu Mengajar yang ditampal di dalam kelas yang mempunyai fungsi-fungsi tertentu terhadap pendidikan murid-murid.


Gajet “Punch Card”
Punch Card System
Setiap hari, apabila murid-murid tiba di sekolah, mereka perlu menggantungkan kad nama mereka di bahagian “Attend” iaitu hadir. Gajet ini, memudahkan guru-guru untuk mengenalpasti murid yang tidak hadir.

Gajet “Poster Naruto”
Poster di sebelah kiri kelas
Sebenarnya, terdapat banyak nilai-nilai moral di dalam Animasi Naruto seperti berusaha ke arah kejayaan, sentiasa berjuang untuk mencapai impian dan sebagainya. Dengan memilih dan gambar-gambar yang sesuai serta dimasukkan dialog-dialog yang berciri moral, “Poster Naruto” ini mampu memberi motivasi kepada murid-murid yang membacanya di samping mencantikkan kelas.

 
Poster di hadapan kelas
Di sini, saya ingin berkongsi dapatan saya berkaitan dengan keberkesanan Gajet “Poster Naruto” ini. Selepas poster ini disiapkan pada bulan Jun 2015, saya mendapati murid-murid saya lebih berdisiplin dan berusaha dalam pelajaran mereka. Ini mungkin disebabkan mereka secara tidak langsung membaca poster ini setiap hari.

Gajet “Class Rules”

Class Rules

Setiap kelas haruslah mempunyai peraturannya yang tersendiri. Peraturan-peraturan ini bukanlah untuk mengongkong murid-murid di dalam kelas sebaliknya hanyalah untuk mengingatkan mereka tentang sikap-sikap yang baik di dalam kelas. Oleh yang demikian, perkataan seperti “Jangan” dan “Dilarang” cuba dielakkan dalam peraturan ini.

Gajet “Clock”

Gajet ini dihasilkan daripada jam dinding yang rosak. Gajet “Clock” ini merupakan jam yang sebenar dan berfungsi dengan baik. Tujuan gajet ini adalah untuk mengingatkan murid-murid tentang masa dan waktu. Selain itu, gajet ini (yang mempunyai angka jam 1 hingga 12 dan angka minit 00 hingga 55) sering digunakan oleh guru-guru untuk mengajar “Time” dalam Bahasa Inggeris dan “Masa dan Waktu” dalam Matematik.

Gajet “Days of the Weeks”

 
Days of the weeks
Gajet ini mempunyai 7 hari dalam seminggu iaitu Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday, Friday, Saturday dan Sunday. Gajet ini ditukar pada setiap hari mengikut hari persekolahan tersebut. Gajet ini juga sering digunakan oleh guru Bahasa Inggeris dalam mengajar tajuk “Days of the Weeks”.

Gajet “Sit Down Song”
Sit Down Song
Gajet ini digunakan oleh guru untuk menyuruh murid-murid duduk di tempat masing-masing. Berfungsi seperti Permainan Muzikal Chair. Apabila guru dan murid-murid menyanyikan lagu ini, murid-murid haruslah duduk di tempat masing-masing sebelum lagu ini habis dinyanyikan. 

Gajet “Look At Me Jazz Chant”

 
Murid-murid membaca seni kata gajet ini bersama-sama dengan guru. Selepas murid-murid menyebut Shhhh...., semua murid haruslah diam dan menumpukan perhatian kepada guru.


Gajet “sentence construction”

Sentences Cards
Murid-murid Tahun 3 sebenarnya dalam proses peralihan. Kebanyakkan murid, apabila mereka masuk ke Tahun 4, mereka masih tidak pandai membina ayat terutamanya Ayat Bahasa Inggeris. Oleh yang demikian, gajet ini ditampalkan di dalam kelas mereka dengan harapan dapat membantu mereka menguasai “Sentence Construction”.

Gajet “Months in a Year”
 
Months in a Year
70% murid-murid dalam kelas ini tidak dapat menyebut 12 bulan dalam setahun itu mengikut susunan. Selepas gajet ini ditampalkan di dalam kelas, murid-murid dikehendaki membaca 12 bulan itu sekali setiap hari. Dua bulan kemudian, hanya 5 orang (iaitu 23%) murid LINUS yang tidak dapat menyebut 12 bulan itu.

Kesimpulannya, perhiasan di dalam kelas haruslah berguna dan dapat menyumbang kepada Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) murid-murid di dalam kelas.

No comments:

Post a Comment