Tuesday, July 7, 2015

Kelas yang berhias
Semasa saya mula-mula mengajar, saya memandang remeh kerja-kerja menghias bilik darjah. Bagi saya, kerja-kerja ini membebankan guru dan perhiasan-perhiasan di dalam kelas ini cumalah perhiasan semata-mata dan tidak memainkan apa-apa peranan dalam pendidikan.

Oleh sebab itu, saya tidak berusaha untuk menghias kelas di bawah jagaan saya. Kerja-kerja perhiasan kelas yang dilakukan cumalah “semadi nadai” bak kata Orang Iban yang bermaksud alang-alang sahaja. Namun begitu, setelah mengajar dalam kelas yang “semadi nadai’ ini, saya perasan bahawa murid-murid di dalam kelas juga kelihatan kurang bersemangat untuk belajar di dalam kelas. Mereka kelihatan tidak suka berada di dalam kelas.

 
Pada ketika itulah, saya membuat keputusan untuk berusaha menghias kelas saya dengan pelbagai “Gajet”. “Gajet” yang saya maksudkan di sini ialah Bahan Bantu Mengajar yang ditampal di dalam kelas yang mempunyai fungsi-fungsi tertentu terhadap pendidikan murid-murid.


Wednesday, June 24, 2015

Transformasi Kelas

Panorama: Kelas Tahun 3 selepas transformasi
Apabila saya mengambil alih tugas sebagai Guru Kelas Tahun 3. Saya mendapati bahawa kelas ini kurang ceria malah kurang bertenaga. Sebelum ini, saya merasakan bahawa menghias kelas adalah satu kerja yang sia-sia, tidak berguna serta membebankan guru.

Namun perspektif saya bertukar apabila saya melihat keadaan kelas yang begitu tidak kondusif bagi pembelajaran murid-murid saya. Cuba lihat gambar-gambar di bawah.

Tuesday, May 26, 2015

Taklimat Keselamatan Kebakaran

Cg. Tan Kan Tsai dengan suit lengkap Bomba dan Penyelamat

Hari ini, 26 Mei 2015 merupakan satu hari yang cukup bermakna bagi diri saya apatah lagi murid-murid Sekolah Kebangsaan Trusan yang kecil molek. Inilah kali pertama dalam hidup, saya melihat jentera Bomba dan Penyelamat secara dekat. Saya berasa cukup bertuah kerana biasanya, kita hanya terlihat jentera ini secara sekilas pandang sahaja.

Sebenarnya pada hari ini, Sekolah Kebangsaan Trusan telah mengadakan satu Taklimat Keselamatan Kebakaran. Pada jam 0830, rombongan bomba seramai enam orang telah tiba di sekolah dan disambut mesra oleh pihak sekolah.

Thursday, May 14, 2015

Kursus Penyebaran DSKP Teknologi Maklumat dan Komunikasi Tahun 6 (2015)

Semua Peserta Kursus TMK Daerah Lawas, 2015

Pada 13 dan 14 Mei 2015, saya telah menghadiri Kursus Penyebaran Dokumen Standard Kurikulum Prestasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi Tahun 6. Kursus ini telah disampaikan oleh dua orang Jurulatih Utama Kebangsaan TMK iaitu Pn. Christina dan Pn. Berta yang kedua-duanya berasal dari Kota Kinabalu.

Dalam kursus ini, saya telah mempelajari pengaturcaraan (programming) mudah dengan menggunakan perisian Scratch. Berikut merupakan hasil kerja saya menggunakan perisian Scratch.


Secara ringkasnya, terdapat 6 slot dalam kursus ini seperti berikut.
Hari Pertama
0800 - 1000
Taklimat Umum KSSR
1030 - 1230
Taklimat DSKP Teknologi Maklumat dan Komunikasi
1400 - 1500
Taklimat Pengaturcaraan dan Aplikasi Script
Amali/ projek Aplikasi Script
Hari Kedua
0800 - 1000
Amali/ projek Aplikasi Script
Pembentangan Script
1030 - 1230
Taklimat Rancangan Pengajaran Harian TMK
Amali/ menulis RPH
1400 - 1700
Pembentangan RPH
Taklimat Penilaian dan Pentaksiran


Thursday, April 30, 2015

Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) Gimnastik Berirama Tahun 5

Setelah 5 minggu murid-murid mempelajari Gimnastik Asas (seperti Pergerakan Asas, Gimnastik Asas, Pergerakan Kreatif dan Pergerakan Berirama) dalam Pendidikan Jasmani Tahun 5, satu pentaksiran telah dilaksanakan bagi menilai dan mentaksir Tahap Penguasaan (TP) mereka.

Murid-murid ini telah mempamerkan persembahan yang menarik (walaupun masih terdapat kekurangan). Video-video ini dimuat-naik adalah bertujuan untuk disimpan sebagai eviden pembelajaran.

Persembahan Gimnastik Berirama Murid-murid Tahun 5:




Dipersembahkan oleh: Murid-murid Tahun 5 (2015), SK Trusan, Lawas.

Kursus Penyebaran DSKP Reka Bentuk Teknologi Tahun 6

Projek RBT Tahun 6 yang dihasilkan oleh peserta kursus

Tarikh: 22 dan 23 April 2015
Tempat: Pusat Sumber SK Pusat
Anjuran: Pejabat Pelajaran Daerah(PPD) Lawas

Cikgu Tan Kan Tsai telah menghadiri kursus ini pada 22 dan 23 April 2015 dari Jam 0800 hingga Jam 1600. Kursus yang begitu menarik ini telah disampaikan oleh Jurulatih Utama Kebangsaan (JUK), Hj Khairuddin Razali dan Hj Mohd Isa Idris.


Tuesday, April 28, 2015

Taklimat Aplikasi i-Think dalam Pengajaran dan Pembelajaran (Sains)

Tarikh: 28/04/2015
Tujuan: Mendedahkan murid-murid tentang Peta Pemikiran i-Think serta penggunaannya dalam pembelajaran.

Panitia Sains di bawah bimbingan Cikgu Emlly telah Berjaya melaksanakan Taklimat Apliksi i-Think dalam Pengajaran dan Pembelajaran. 

Pada jam 1010, murid-murid tahun 4, 5 dan 6 telah berkumpul di Dewan Dato Pengiran Mohammad Sekolah Kebangsaan Trusan untuk mendengar taklimat Aplikasi i-Think dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Taklimat ini disampaikan oleh penceramah yang berpengalaman luas dalam bidang penyelidikan dan inovasi, Cikgu Tan Kan Tsai.

Sebagai set induksi, murid-murid telah ditayangkan dengan Video Pengenalan i-Think (i-Think in Motion- Bahasa Melayu).