Saturday, May 12, 2012

Meningkatkan Martabat Guru dengan "Kad Nama"

"Guru mendidik manusia untuk menjadi manusia"
~Great Teacher Tan~

Kad nama merupakan satu dokumen pengenalan diri yang digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang pekerjaan yang lain sama ada dalam sektor swasta atau sektor awam.
Dalam sesuatu majlis, kita dapat lihat bahawa ramai ahli profesional seperti peguam, doktor dan sebagainya memperkenalkan diri dengan menggunakan kad nama. Kad nama ini telah menjadi seperti satu tanda "kebanggaan seseorang itu terhadap profesion yang diceburinya".
Dalam hal ini, jarang-jarang kita lihat bahawa guru-guru memperkenalkan diri menggunakan kad nama, sedangkan, profesion perguruan telah mendapat taraf yang setanding dengan profesion-profesion yang lain. Ini memberikan satu implikasi sama ada guru-guru terlalu merendah diri ataupun guru-guru tidak mempunyai perasaan bangga menjadi guru.
Oleh yang demikian, pada pendapat saya, guru-guru harus memiliki kad nama sendiri sebagai satu langkah bagi meningkatkan lagi profesionalisme dan martabat perguruan. Berikut merupakan contoh kad nama saya:
 
Gambarajah 1: Contoh Kad Nama GTT

Rakan-rakan guru yang saya hormati sekalian, alangkah seronoknya sekiranya semua kita mempunyai kad nama seperti ini? Sekurang-kurangnya sewaktu pertukaran kad nama dalam sesuatu majlis, kita juga mempunyai kad nama untuk ditukar.

Sekiranya anda berminat dengan kad nama ini, sila hubungi saya:
Nama: Tan Kan Tsai
Email: kan_dragon@live.co.uk
*Saya akan email softcopy sampel kad nama ini dalam bentuk microsoft word kepada anda secara free.
*Edit kad nama tersebut dan print dalam kertas yang sesuai.
"Marilah kita sama-sama meningkatkan profesionalisme dan martabat perguruan"

5 comments:

  1. Saya memang teringin mempunyai kad nama sendiri tapi saya kurang kreatif dan tidak pandai sangat nak design kad nama. Terima Kasih.

    ReplyDelete
  2. saya ada e mail waqhai cikgu yang hebat, tq kerana bantu saya mr_anarki22@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah emailkan softcopy Kad Nama itu kepada anda. Sila check email. tq

      Delete
    2. maran_uum@yahoo.com...tq MR.TAN

      Delete
  3. Cikgu Tan, boleh juga tolong e-mel kpd saya di teikming27@gmail.com

    ReplyDelete